Zarith Mega

Asmazaris bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Zarith merupakan penyanyi asal kumpulan Mega, sebuah kumpulan rock terkenal dari Johor Bahru, Johor yang mula mencipta nama menerusi lagu hit Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara pada tahun 1989 di bawah label Jojo's Production. Sebelum menyertai kumpulan Mega, penyanyi yang berasal dari Gopeng, Perak Darul Ridzuan ini merupakan vokalis pertama kumpulan rock D'Riyadh sebelum kumpulan tersebut merakamkan album bersama Akhil Hayy.